Katie Hopkins
Katie Hopkins

Katie Hopkins

Katie Olivia Hopkins (lahir 13 Februari 1975) ialah seorang personaliti media, kolumnis, pengulas sosial, dan bekas ahli perniagaan England. Beliau merupakan peserta rancangan The Apprentice siri ketiga pada tahun 2007, dan menjadi seorang kolumnis akhbar seiring penampilannya di media. Hopkins mula menulis di The Sun pada tahun 2013 dan Daily Mail bermula tahun 2015 hingga 2017. Pada tahun 2015, beliau mengacarakan rancangan televisyen If Katie Hopkins Ruled the World, dan muncul dalam rancangan Celebrity Big Brother siri kelima belas, muncul sebagai pemenang kedua. Pada tahun berikutnya, Hopkins menjadi penyiar di stesen radio LBC dan menjalani pembedahan otak untuk mengurangkan epilepsi.[1]Pandangan Hopkins secara terang-terangan melalui media sosial—terutama tentang politik United Kingdom, kelas sosial, kegemukan, pendatang, dan perkauman—telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kritik, pengawasan media, masalah perundangan, kecaman dan permohonan. Beliau telah dituduh rasis dalam ulasannya tentang pendatang.[2] Pada tahun 2016, Mail Online membayar ganti rugi kepada keluarga Muslim yang mana Hopkins telah menuduh mereka sebagai pelampau Islam, dan seorang guru, Jackie Teale, dituduh mengarahkan kanak-kanak sekolah untuk melakukan tunjuk perasaan menentang Donald Trump di Westminster.[3][4] Pada tahun 2017, beliau dipecat dari LBC setelah mengulas tentang pengeboman Manchester Arena.[5] Beliau digambarkan sebagai "pengulas politik sayap kanan".[6][7][8] Akaun Twitter miliknya disekat selamanya pada Jun 2020 atas "pelanggaran terhadap dasar kami".[9] Kemudian, beliau digugat oleh Masjid Finsbury Park kerana mengaitkan masjid tersebut dengan serangan terhadap polis tanpa bukti.[10]

Katie Hopkins

Pekerjaan
  • Personaliti media
  • kolumnis
  • pengulas sosial
Pasangan
  • Damian McKinney (k. 2004; c. 2005)
  • Mark Cross (k. 2010)
Anak 3
Tahun aktif 2007–kini
Majikan
Televisyen
Pendidikan
Kelahiran
Katie Olivia Hopkins

(1975-02-13) 13 Februari 1975 (umur 45)

Rujukan

WikiPedia: Katie Hopkins http://www.theguardian.com/media/2020/oct/05/katie... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Katie_... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Katie_Hopki... https://www.news.com.au/entertainment/celebrity-li... https://www.bbc.com/news/entertainment-arts-400571... https://www.devonlive.com/news/devon-news/dont-hat... https://www.huffpost.com/entry/katie-hopkins-trump... https://www.newsweek.com/who-katie-hopkins-far-rig... https://www.nytimes.com/2019/08/07/us/politics/tru... https://www.scotsman.com/whats-on/arts-and-enterta...